Tuesday, July 30, 2013

KUIH SEMPERIT KENANGAN ISTIMEWA

MEMASAK merupakan satu hobi yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Bagi kebanyakan wanita, memasak merupakan satu kemestian namun tidak kurang juga lelaki yang mempunyai minat memasak.

Biskut kegemaran saya sejak kecil ialah Semperit Buttercup. Saya sentiasa berusaha untuk menggembirakan keluarga dan kawan-kawan dengan memberikan resipi biskut yang berbeza setiap kali tiba hari raya.

Memasak boleh menambahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain apatah lagi jika dilakukan bersama-sama. Saya masih teringat semasa kecil dahulu di mana ibu selalu membeli Buttercup dalam jumlah yang banyak kerana beliau seorang pembuat biskut kuih dan menggunakan bahan tersebut dalam masakan.

Apabila tiba hari raya, ibu dan nenek akan bersama-sama membuat biskut dan bahan utama yang mesti ada ialah Buttercup dan sehingga ke hari ini, kami masih menggunakannya untuk hasil biskut yang sedap dan lazat.

Petua untuk lelaki yang berminat memasak dan ingin mengorak langkah pertama ialah jangan mulakan sesuatu dengan fikiran bahawa ia mudah untuk dibuat. Sebaliknya cuba sesuatu yang anda tidak sabar-sabar hendak nikmati. Ini akan membuatkan anda seronok untuk melalui proses membuatnya daripada mula hingga akhir. Jika anda memilih untuk membuat kek dan biskut, pilih bahan yang baik seperti Buttercup untuk hasil yang terbaik. 

Bagi saya, memberi kepuasan jika dapat membuat biskut untuk meluangkan masa bersama keluarga, berkongsi biskut dengan jiran atau sebagai buah tangan semasa berkunjung ke rumah saudara-mara sempena hari raya. Malah hasil tangan sendiri adalah pemberian penuh makna bagi meraikan tetamu.

Buttercup telah dirumus khas menerusi penyelidikan dan ujian selama bertahun-tahun bagi menghasilkan produk masakan terbaik.

Rasa dan aroma mentega menjadikan Buttercup terkenal berbanding jenama lain. Tambahan pula ia tidak mengandungi lemak trans.

kuih semperit raya

No comments:

Post a Comment