Wednesday, July 31, 2013

BISKUT SEMPERIT PANDAN

Bahan-bahan (lebih kurang 60-70 keping)


  • 200gm mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu teh pandan paste (dalam botol)
  • manik gula warna warni untuk hiasan


Cara-cara Membuat


  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, paste pandan dan pewarna hijau. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung. Gaul sehingga sebati.
  4. Bentukkan dengan acuan semperit. Hiaskan dengan manik gula berwarna warni.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada oven anda.

2 comments:

  1. Kenapa bila dah dibakar ia hancur berderai..rapuh sgt lah.. tlg kasi pencerahan

    ReplyDelete
  2. Kenapa bila dah dibakar ia hancur berderai..rapuh sgt lah.. tlg kasi pencerahan

    ReplyDelete