Wednesday, July 31, 2013

BISKUT SEMPERIT PANDAN

Bahan-bahan (lebih kurang 60-70 keping)


  • 200gm mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu teh pandan paste (dalam botol)
  • manik gula warna warni untuk hiasan


Cara-cara Membuat


  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, paste pandan dan pewarna hijau. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung. Gaul sehingga sebati.
  4. Bentukkan dengan acuan semperit. Hiaskan dengan manik gula berwarna warni.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada oven anda.

Tuesday, July 30, 2013

KUIH SEMPERIT KENANGAN ISTIMEWA

MEMASAK merupakan satu hobi yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Bagi kebanyakan wanita, memasak merupakan satu kemestian namun tidak kurang juga lelaki yang mempunyai minat memasak.

Biskut kegemaran saya sejak kecil ialah Semperit Buttercup. Saya sentiasa berusaha untuk menggembirakan keluarga dan kawan-kawan dengan memberikan resipi biskut yang berbeza setiap kali tiba hari raya.

Memasak boleh menambahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain apatah lagi jika dilakukan bersama-sama. Saya masih teringat semasa kecil dahulu di mana ibu selalu membeli Buttercup dalam jumlah yang banyak kerana beliau seorang pembuat biskut kuih dan menggunakan bahan tersebut dalam masakan.

Apabila tiba hari raya, ibu dan nenek akan bersama-sama membuat biskut dan bahan utama yang mesti ada ialah Buttercup dan sehingga ke hari ini, kami masih menggunakannya untuk hasil biskut yang sedap dan lazat.

Petua untuk lelaki yang berminat memasak dan ingin mengorak langkah pertama ialah jangan mulakan sesuatu dengan fikiran bahawa ia mudah untuk dibuat. Sebaliknya cuba sesuatu yang anda tidak sabar-sabar hendak nikmati. Ini akan membuatkan anda seronok untuk melalui proses membuatnya daripada mula hingga akhir. Jika anda memilih untuk membuat kek dan biskut, pilih bahan yang baik seperti Buttercup untuk hasil yang terbaik. 

Bagi saya, memberi kepuasan jika dapat membuat biskut untuk meluangkan masa bersama keluarga, berkongsi biskut dengan jiran atau sebagai buah tangan semasa berkunjung ke rumah saudara-mara sempena hari raya. Malah hasil tangan sendiri adalah pemberian penuh makna bagi meraikan tetamu.

Buttercup telah dirumus khas menerusi penyelidikan dan ujian selama bertahun-tahun bagi menghasilkan produk masakan terbaik.

Rasa dan aroma mentega menjadikan Buttercup terkenal berbanding jenama lain. Tambahan pula ia tidak mengandungi lemak trans.

kuih semperit raya

APA ITU LEMAK TRANS?

Biskut kegemaran saya sejak kecil ialah Semperit Buttercup. Saya sentiasa berusaha untuk menggembirakan keluarga dan kawan-kawan dengan memberikan resipi biskut yang berbeza setiap kali tiba hari raya. Buttercup telah dirumus khas menerusi penyelidikan dan ujian selama bertahun-tahun bagi menghasilkan produk masakan terbaik. Rasa dan aroma mentega menjadikan Buttercup terkenal berbanding jenama lain. Tambahan pula ia tidak mengandungi lemak trans.

Apa itu lemak trans, adakah sama dengan lemak biasa?

Setiap produk pangan pasti memiliki kandungan lemak. Selain lemak dari bahan mentahnya sendiri (contoh daging) juga dari bahan lain, seperti minyak ataupun lemak tak tepu (margerin) yang digunakan untuk menggoreng. Lemak yang ada kandungan minyak/ margarin merupakan trigliserida yang tersusun atas lemak tepu (saturated fat) dan tak tepu. Lemak trans sering dijumpai dalam margerin.

Lemak trans merupakan minyak yang diolah melalui proses hidrogenasi parsial (dengan menambahkan hidrogen ke dalamnya). Pengolahan ini dilakukan untuk meningkatkan kestabilan pengoksidaan supaya tak mudah mengalami proses pengoksidaan (mereput/ menjadi rosak). Proses hidrogenasi parsial kebanyakan untuk membuat margerin. Secara natural, lemak trans juga terbentuk dalam rumen/ perut binatang ternakan seperti lembu. Oleh itu, produk-produk seperti mentega atau susu mengandung lemak trans dalam jumlah 2-5%.
lemak trans
Secara umumnya, lemak trans adalah lemak yang memberi kelazatan french fries, kentang goreng di restoran cepat saji yang disukai banyak orang. Namun begitu, Lemak itu harus dihindari karena menurut laporan yang dibuat Harvard School of Public Health dan Wageningen University, ia boleh melibatkan 6 hingga 19 % serangan jantung dan kematian yang berkait dengannya setiap tahun.
lemak trans

Hasilnya adalah produk murah dengan jangka penyimpanan lebih panjang dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Sama seperti lemak tepu, lemak trans menaikkan kadar kolesterol dan akhirnya menyumbat jantung.

Lemak trans boleh ditemui di mana? Adakah semua minyak mengandung lemak trans?

Minyak-minyak yang berasal dari negara subtropis seperti minyak kedelai, minyak jagung, minyak biji bunga matahari, dan minyak zaitun memiliki kandungan lemak tepu yang sedikit. Sementara kandungan lemak tak tepu banyak dan berada dalam konfigurasi cis. Artinya, susunan kimia cis sejajar tidak berbahaya untuk kesihatan. Pada proses hidrogenasi ikatan rangkap minyak mengalami isomerisasi dari konfigurasi cis menjadi trans. Ini membuat susunan kimianya yang sejajar menjadi berseberangan atau berselang seli serta berbahaya untuk kesihatan.
lemak trans
Sebagian besar lemak trans disintesiskan secara artifisial menggunakan proses kimia yang menambahkan hidrogen ke dalam minyak sayur. Dalam bahasa mudah ialah ia mengubah minyak cair/ tak tepu menjadi lemak tepu/ padat.

Fakta Menarik Berkenaan Lemak Trans:

1. Amerika Serikat sudah mula membanteras produk lemak trans. Dan ini dimanfaatkan oleh pengeluar makanan dengan mencantumkan label zero trans fat. Namun, jangan mudah percaya dengan label itu.
lemak trans
2. Menurut undang-undang Food and Drug Administration (FDA), lemak trans tidak perlu ditulis dalam isi kandungan (ingredient) jika lemak total dalam makanan kurang dari setengah gram untuk setiap hidangan.

3. Untuk benar-benar bebas dari lemak trans, jangan beli produk makanan yang menggabungkan perkataan partially hydrogenated dan shortening.

4. Sumber utama lemak trans :
  1. Margarin
  2. Makanan segera. Termasuk kentang dan makanan yang digoreng.
  3. Pelbagai jenis kerepek

Contohnya kerepek kentang, stick atau bebola keju. Makanan jenis ini kaya akan lemak trans karena lemak itu berfungsi sebagai lemak yang menyatukan makanan dan menyumbang rasa sedap dan lazat.

4.    Donat, muffin, pancake

Jika anda suka makan donat. Hati-hati karena makanan ini juga merupakan sumber lemak trans yang baik.

5.    Cake dan pie

Makanan jenis ini tidak hanya kaya akan gula, tetapi juga mengandung lemak trans.
lemak trans
Semoga bermanfaat.

Monday, July 29, 2013

RESEPI BISKUT SEMPERIT

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat biskut semperit.

Bahan-bahan

300g butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Cara-cara

Pukul butter, gula aising hingga kembang.

Masukkan kuning telur, kacau sebati.

Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.

Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.

Bakar 150oC selama 20 minit.



Sumber : MyResipi.com